BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 23, 2009

Keberkesanan Set Induksi

Di sebuah sekolah rendah, seorang guru (mana-mana pelajaran pun boleh) yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahaya minuman keras (arak) kepada kesihatan badan manusia. Sebelum memulakan mata pelajarannya (set induksilah tu…), guru telah menyediakan bahan sumber pengajarannya iaitu 2 ekor cacing yang hidup, dua biji gelas yang masing-masing berisi air mineral dan arak.

Tanpa memberi penerangan berhubung dengan kajian (set induksi) yang akan dilakukannya, guru meminta murid-murid memerhati uji kaji tersebut.

“Cuba perhatikan murid-murid…. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing –cacing ini ke dalam kedua –dua gelas yang berisi air mineral dan air arak. Perhatikan betul-betul. “

“Baik..cacing di sebelah kanan saya akan dimasukkan ke dalam gelas berisi air mineral. Manakala cacing sebelah kiri saya pula akan dimasukkan ke dalam gelas berisi air arak. Perhatikan betul-betul.”

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing tersebut. Suasana menjadi senyap sunyi. Mereka ingin tahu apa yang berlaku kepada ke dua-duanya.

cacing mabuk

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang (dengan gembiranya ….. he….. he….. he….. ) di dasar gelas tanpa menghadapi apa-apa masalah. Manakala cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air arak, mengelupur lalu mati. Hal ini mengundang perasaan takut kepada pelajar apabila melihat cacing mati dalam kadar segera setelah dimasukkan ke dalam gelas berisi air arak.

Wah… cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya sebentar tadi. Dengan penuh semangat, guru bertanya kepada murid tentang kesimpulan yang diperolehi hasil kajian yang dilihat oleh mereka.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat pelajari dari ujikaji yang telah cikgu tunjukkan sebentar tadi?”

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

“UNTUK MEMBUNUH CACING DI DALAM PERUT KITA…MINUMLAH AIR ARAK.

Guru itu menepuk dahinya…adoooi…he..he…he…



daripada: http://websitifatimah.wordpress.com/2009/08/10/guru-sebenar-guru-kisah-cacing-mineral-dan-arak/

0 comments: